nota



Unit 5: Mata Untuk Melihat
Pelbagai Warna
Merah   biru   putih   hijau   
jingga   kuning   ungu   hitam



Pelbagai Bentuk





























saiz
objek besar
kapal terbang , rumah , gajah.
Objek kecil
Pemadam,nyamuk,klip kertas.


Unit 6 :Bau 

1. Hidung ialah deria bau manusia .
2.Hidung memberitahu kita bau sesuatu benda .
3.Sesetengah benda berbau .Sesetengah benda tidak berbau.
4.Deria bau membolehkan kita menikmati makanan dengan lebih enak .
5.Deria bau memberitahu kita tentang bahaya yang sedang berlaku seperti kebakaran.
6.Kita perlu sentiasa menjaga hidung supaya dapat berfungsi dengan baik .


Unit 7 : Rasa




1. Lidah ialah deria rasa manusia.
2.Lidah memberitahu kita tentang rasa sesuatu makanan.
3.Makanan mempunyai rasa manis, masam, masin dan pahit .
4.Rasa membolehkan kita menikmati makanan dengan enak.
5.Rasa memberitahu kita sama ada sesuatu makanan selamat dimakan  atau tidak .
 6.Kita perlu menjaga lidah dengan baik .


Unit 8 :Kulit untuk Menyentuh dan Merasa

1. Kulit ialah deria sentuh manusia.
2.Kita menggunakan kulit untuk merasa dan menyentuh.
3.Kulit memberitahu kita sama ada sesuatu bahan itu panas atau sejuk  .


Unit 9 :Telinga untuk Mendengar

1. Telinga ialah deria pendengaran manusia.
2.Dengan telinga , kita boleh mendengar bunyi .
3.Ada pelbagai bunyi di sekeliling kita  .
4.Sesetengah bunyi memberitahu kita sesuatu .Bunyi-bunyi ini sangat penting dalam kehidupan kita .

 
Unit 10 :Mengaplikasikan Pengetahuan tentang deria

1. Setiap objek mempunyai cirinya masing-masing.
2.Objek-objek boleh dikelaskan kepada kumpulan tertentu mengikut cirinya .
3.Pelbagai cara boleh digunakan untuk mengelas objek-objek tersebut .Contohnya , lembut atau keras , besar atau kecil , berbau atau tidak berbau, kasar atau halus dan sebagainya .
4.Mata , hidung , telinga , lidah dan kulit ialah organ deria manusia .
5.Setiap organ deria ini sangat penting kepada kita . Tanpa organ deria kita tidak dapat melihat , mendengar , menghidu , merasa dan menyentuh sesuatu . Oleh itu , kita perlu sentiasa menjaga organ deria supaya dapat berfungsi dengan baik .


Unit 11:Timbul dan Tenggelam

1. Objek yang timbul boleh tenggelamkan dengan menggunakan pasir atau batu.
2.Objek yang tenggelam boleh timbul dengan menggunakan gabus .













No comments:

Post a Comment